Pages


Sunday, April 10, 2011

PUASA !

Puasa nak dekat dah, dalam bulan Julai nanti. Bagi korang yang tak puasa tahun lepas, dah ganti puasa? Untuk lelaki tu, dah ganti puasa dan bayar fidyah??

Bagi lelaki yang tak puasa tu, jangan lupa bayar fidyah puasa. Sekiranya bertahun lamanya korang tak bayar fidyah, makin tinggi la denda fidyah nyeee…

Sekiranya korang tak puasa pada tahun lepas, korang kena bayar 1 cupak beras kepada fakir miskin bagi satu hari yang tak berpuasa.. Kalau pada 2 tahun lepas korang tak berpuasa, korang kena bayar fidyah 2 cupak bagi satu hari tak berpuasa. Kalau 3 tahun lepas korang tak berpuasa, maka korang kena bayar 3 cupak beras bagi satu hari tak berpuasa. 

Ambil contoh macam saya yang tak puasa pada tahun-tahun lepas:

Tahun 2010: 3 hari tak puasa
Tahun 2009: 10 hari tak puasa.
Tahun 2008: 4 hari tak puasa.

Pengiraan fidyah ialah:

3 hari x 1 cupak = 3 cupak beras
10 hari x 2 cupak (sebab 2 tahun lepas, gandaannya jadi 2 cupak) = 20 cupak beras
4 hari x 3 cupak ( 3 tahun lepas, gandaannya 3 cupak) = 12 cupak beras

Jadi saya kena bayar fidyah sebanyak 3 + 20 + 12 = 35 cupak beras

Untuk makluman korang, satu cupak bersamaan dengan 750 gram beras.

10kg beras harga standard = RM25.
Means, 1kg harga beras ialah RM2.50

Haaaaa… korang kira la sendiri….

Ni baru cerita pasal fidyah, belum lagi denda kifarah macam korang tengok citer porn di siang hari bulan Ramadan sampai tutttttttttt atau buat projek di siang hari bulan ramadan….. Tu kena bayar denda kifarah tu!!!! Kena bebaskan hamba tu, tak pun belanja makan nasi lauk ayam and sayur kangkung plus milo ais kat 60 orang fakir miskin ataupun puasa 2 bulan non stop… Pergggghhh..

Sekadar peringatan sesame muslim. 

No comments:

Post a Comment